Culik

Bermesraanku di dalam kereta meninggal kan mu sekejap untuk mengambil sejambak bungga. 

Kelihatan 2 orang yang tidak dikenali sedang berbua dengan si dia. 

Aku merasa sesuatu yang pelik akan belaku..

Ahh, perasaan ku begitu. Ia terjadi.

Dibawa lari buah hati ku yang ku syg. 
ku kejar2 namun aku gagal. 

Hati tidak keruan memikir kan apa yang terjadi kepada nya. 
Lalu berkata apa yang korang mahu. 

Masih mencari di mana di sorok kekasih hati satu nya yg ku syg.

Wahai penjahat jgn kau apa-apakan nya. Tidak sanggup ku melihat air mata nya mengalir jika kau paksa nya lakukan yang bukan2. 

Namun aku masih buntu mencari di mana kau disorok.
Masih mencari,
mencari tak keruan,
mencari lagi, 
mencari dalam kegelapan. 

Tuhan ku memohon padamu lindungi lah permaisuri ku. 

Tiba nya aku di sebuah rumah usang. 
Di tangan aku hanya ada penumbuk warisan yang ditinggal kan. 

Jika apa-apa yang terjadi akan ku lawan sehingga titisan darah. 

Aku masih mencari, mencari, mencari di mana kau wahai syg ku. 

Namun tidak aku temui.
Aku berpeluh, lelah, dan tidak keruan. 
Aku teruskan mencari di mana kau berada.. 

Tiba nya saat yang tidak mahu ku nanti.
tetiba.. 
dan tetiba..

Aku terjaga dari mimpi ku.. 
Terbangun terjaga terus ku mengambil henfon ku menatap wajah mu yg ku syg. 

Lega hati apabila semua ini hanya mimpi. 

Rupa-rupanya mimpi. 

Walau kita selalu tidak serasi namun aku tetap dan terus syg pada mu. 
Tidak mahu yg lain selain dari mu. 

Andai engkau pergi aku terima ketentuan kerna itu salah aku. 

Salah ku. 
salah aku. 
Salah aku biarkan engkau, 
Salah aku tidak menjaga dengan baik.
Salah aku ibarat mimpi ku. 
Salah aku... 

#Miss J

Biar Jiwa

kau bikinku gigit bibir sendiri
lamakah lagi kita sepi?
kau bikinku renung sinar mentari
lamakah lagi kita begini?

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

berkaliku mintakan dari dulu
usah kau tunggu ucap itu
berkaliku bisikkan pada kamu
usah kau buntu aku milikmu

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

perlukah aku menyebut setiapnya
yang indahku tidak akan ada makna
bila kau sembunyi dan bermain lari-lari
separuh aku sudah pun mati

tak mampukah kau percaya
haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia?
tidak bisakah kita sekadar pejam mata
biar jiwa bersuara

biar
biar
biar jiwa
bersuara

Aku Buntu

Bila kau mula membenci aku. Saat paling takut untuk aku membahagia kan mu. Kerana setitis hitam di atas kertas putih. Tidak kau nampak lagi keputihan itu. Aku mengaku aku bukan lelaki yang sentiasa ada disaat kau memerlukan. Aku lebih pentingkan kerja aku berbanding kau. Sesunguh nye, tidak berniat untuk aku abaikan dirimu sayang. Percaya lah. Aku sentiasa ingat mu dalam ingatan ku. 

No One

Tiap malam itu indah jika bersama mu,
Tiap pagi itu ceria jika kau disamping ku,
Tiap hari ku gembira jika kau sentiasa ada,

Apakan daya kita berjauhan kan. 
Tiada yang dapat mengantikan tempat kau Miss J. Love U. 

Miss You

What a pity! I'm not at your place!
Miles separate me from you

This night in my dreams I'll see your face
Good night, my angel, I hope you miss me too bae.. #MJ

Pagi Itu Indah

Setiap pagi saat indah bagi ku.
Mendengar suara nye yg manja,
membuatkan ku bertambah sayang.
Hati ini sudah terpikat padanya.
Aku harap si dia sentiasa ada untuk aku.
Betapa indah nya saat ku celik mata melihat si dia ada disisi ku.. 
#MarryJane #MJ

Capital J

Oh angin. Sampai kan lah rindu ku padanya. Berikan lah kepercayaan kepada nya bahwa aku amat cinta pada nya. Sunguh ku rindu saat itu. Seperti baru semalam kita berjumpa. Aku rindu kau Janatul..! 😘😘😘

Pantun 100 Kerat

Pantun 100 kerat ini ingin aku tujukan kepada sesiapa yg rasa dia xde tujuan yang masih tercari2 fungsi kewujudan, janji dengar cukup xperlu persetujuaan. Tapi kalau nak angkat tangan,angkat tinggi2. Angkat tangan xbererti tanda  serah diri tapi angkat tangan dengan satu niat dalam hati. Ku angkat tangan tuk capai cita2 ya robbi. Berikan yang terbaik ku pinta, berikan terbaik sebab dah lama ku rasa hidup ku macam taik. Otak ku fikir just duit macam slogan nice. Kalau nasib ku berubah itu berita baik.! Pasal smalam aku lapar harap esok aku kenyang. Tapi bila apa perlu cukup aku susah diri. Tak goyang time susah cuma royal time senang sebab time tu lah aku prasan aku lupa diri. dalam itu aku fikir apa asal usul aku dan apa motif nyawa ini dalam tubuh aku. Si IQ tinggi aku tengok cuba kutuk aku, Si IQ rendah cuba jadi pemusuh aku. Aghh.. Boleh pergi MAMPOS..! aku kene padam musuh aku. Modal aku cuma siku dan lutut aku. so kalau tersungkur cuba blaja tunjuk malu. Beza aku dan kau lain macam punya jantan. Bukan fighter cuma lain macam punya baran. Separa genius separa lagi aku sewal pale otak aku berpusing2 macam piring prewe. Namun beban di bahu kian lama kian berat,situasi sekeliling kian lama kian tenat. Wahyu diperlu kan, wahyu diberikan. Kini aku menafsir setiap maksud pengertian. Baik letak jawatan takut nanti, ada yg perlukan rawatan rapi. kalau tak pon ada yg xsedar diri. Konon mancis lawan senjata api. cis.! 1das,2das,3das.. Maafkan aku kalau tak aku mengamuk. Dan jari hantu ku menjelma tanda aku dah di rasuk. Punca dan akibat.. aku tak takut mati aku cuma takut akhirat. Dah macam2 cara aku cuba untuk lihat dunia ini yg penuh ilusi dan muslihat. Dan tiba2 ketujuh2 cakra ku slari,diterangi 7septrum warna pelangi. Misi 2020 bila aku memerhati erti seberna hidup ini sebelum mati..! 

Kegelapan



Sejarah hitam kembali,
Kejahilan makin terasa,
Adakah ia akan kembali. 

Semua terjadi di atas sebab,
Tanpa sebab mane datang semua tindakan,
Tindakan yang di luar kotak,
Kembali hancur seperti dahulu. 

Aku serik untuk lakukan nya,
Apa kan daya keadaan yang memaksa,
Semakin hari terasa kejahilan itu.

Aku dapat merasakan sesuatu, 
Sesuatu yang amat menyedih kan,
Aku tahu jalan cerita nya begini,
Cuma aku tak tahu bila ia akan berlaku.

Aku terima ini hakikat nya, 
Kerana aku telah atur kan semua,
Ini bukan satu permainan,
Tapi satu erti perjalan hidup.

Di akhir kata: 

"Maafkan lah diri ini jika selama perkenalan itu ada terguris hati sama ada yang tidak sengaja ataupon segaja. Halal kan makan minum aku selama kita bersama. Aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu cukup kau tahu.. "

180215

180215 
Penuh kenikmatan,
Penuh kejahilan,
Penuh penderitaan,
Penuh penyesalan.

Satu kesilapan yang tak akan ku ulangi lagi. 
Ku memohon maaf atas perbuatan ku itu.
Hanya pada mu ya Allah, Ampunilah dosa-dosa ku, hanya kepada mu aku memohon dan meminta. 



5 Perkara Tentang Diri Aku

5 perkara yang buruk pasal diri aku. Kalau nak ikut banyak. Tapi nak bagi 5 je.

1. Mudah Terasa - Jika ada bende yang orang buat aku terasa, aku akan diam dan fikir.. Pastu aku tinggal.. Haha.! 
2. Suka abaikan orang - Cam, aku mintak membe aku teman kan buat date. Bila dah bersama dengan awek aku. Aku akan abaikan je membe aku tu. Walaupon kau rapat dengan aku, aku buat jugak. Haha.! 
3. Tidak suka memberi - Aku kalau orang mintak tolong susah skit. Macam-macam alasan akan aku beri. Walaupon orang yang mintak tolong tu banyak menolong aku. Haha..! 
4. Lepas Hajat Beres Ahh. - Contoh cam, lau aku nak something aku akan buat baik kat orang tu, pastu bila dah dapat apa aku nak. Aku tinggal laa. Time susah aku cari plak dia. Haha.! 
5. Suka tukar perwatakan diri. - contoh cam depan orang-orang tertentu aku buat baik. Esok jadi ustaz, Lusa tukar jadi cikgu. Kejahatan aku tersorok.  Haha..! 

So aku rasa seronok dengan kehidupan aku. Sebab aku rasa xperlu nak pikir kan orang lain. Kalau xsuka pergi Mamm... Lau kau. Janji aku happy.. Sape Cerrr.. 

PENDAM

Sudah kian lama aku pendam perasaan ini. Aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Aku sudah muak dengan sikap mu yang hanya pentingkan diri sendiri. Tahap kesabaran dan lurus aku sudah sampai kemuncak. Aku pergi kerana ingin memberi kau peluang untuk berubah. Bukan untuk masa depan aku,tetapi kau. Aku harap, tahap kesabaran suami kau lebih tinggi berbanding aku yg lemah ini. Jika kau masih bersikap sedemikian. Percaya lah cakap aku, tiada seorang lelaki yang akan sanggup berdamping dengan kau. #YYPang 

HAMPA

Hampa hati pabila diri ini tidak diperlukan lagi,
Hampa hati pabila diri ini tidak di hargai,
Hampa hati pabila kewujudan tidak disedari,
Hampa hati pabila tiada yang ingin memberi,
Hampa hati pabila diri diperlukan atas masa tertentu sahaja,
Hampa hati pabila meminta pertolongan tidak di endah,
Hampa hati pabila kau lakukan semua ini,
Hampa hati pabila engkau langsung tidak tanya kan khabar,
Hampa hati pabila engkau engan ambil tahu, 
Gembira hati pabila aku tinggalkan orang seperti kau.

FATAMORGANA

"Siapa sebenar aku pada mu, untuk sama dengan teman lain, yang bisa kau buat begitu"

Seringkali aku sentiasa merasakan sesuatu. Sesuatu kewujudan dalam diri yang mengatakan itu adalah milik aku. 

Sebalik nya ia bukan milik aku sepenuh nya. 

Siapakah sebenar nye dia. Adakah ia satu fatamorgana semata-mata. 

PERCAYA ATAU TAK?

Percaya atau tak kami akan gegarkan orang ramai? 
Percaya atau tak kemunculan ini akan gegarkan anda semua? 
Percaya atau tak orang semua akan mencari kami? 
Percaya atau tak anda sendiri akan memakainya? 
Percaya atau tak anda tercari-cari apakah itu? 
Percaya atau tak bende ini akan menjadi reality? 

Aku percaya pada semua kenyataan di atas, sebab aku percaya pada diri aku sendiri dan kami akan lakukan nya..! 

Si Tompok Dah Pergi

Jam 7.30 Pm dapat whatapps dari adik aku ( chacha ). Mengata kan kucing yg aku bagi tu dah mati. Sebab sakit.. Kalau tau sakit bawak pergi hantar klinik awal2. Ni xcakap ape2 pon. Xpela. Benda dah jadi. Dah ajal dia mati awal. Hmm T_T

5 Perkara Yang Aku Inginkan!

"Hidup hanya sekali. Alang-alang buat, buat sampai habis."

5 Perkara Yang Aku Nak :-

1. Aku nak ada syarikat sendiri
2. Perbetulkan iman
3. Nak turunkan ilmu marketing
4. Family yang bahagia
5. Hantar Mak Ayah menunaikan Haji.

Antara 5 perkara yang aku nak. 
Nak perlu tukarkan kepada MISTI.
MISTI tukarkan kepada dah TERCAPAI. 
Pejam mata bayangkan yg aku dah capai semua itu. Apa pandangan orang ramai pada aku. Apa riak wajah mak ayah aku. Lihat senyuman isteri dan anak tersayang. Apa yang aku dah ubah kepada orang ramai. Macam mana aku berjalan. Macam mana kawan2 melihat aku. 

Sumpah aku mengeluarkan air mata disaat aku pejam mata dan bayangkan semua itu. 

Ni antara perkara yang aku misti dapat. Korang apa plak.? Jangan malu jika mahukan sesuatu. 

"Ya Allah, kau permudah kan lah perjalanan hamba mu ini. Kau tunjuk kan lah jalan kepada ku. Sesunguhnye hanya kepada mu aku memohon."

Gagal

Gagal sekali bukan maksud gagal selamanya. Aku sendiri pon tengah gagal sekarang nie. Gagal dalam semua bende. Hari ni pon banyak yang aku gagal. Buat iklan jualan untuk ubat kurus tadi pon gagal. Kos semua Rm200.. Buat baju Tie Dye Versi Terrngganu pon gagal tadi. Basuh2 turun colour. Xpasti silap kat mane semua tu. Xsempat nak pikir. Hmmm. Gagal,gagal,gagal. Terus kan hidup teruskan senyum. Walha muka always masam jew. Kalau masam tu tengah duk pikir something laa tu.. 😂😂😂

Hentai

Jam 3pagi tersentuh dengan idea Hentai. 
Aku suka sebut sebab ia macam Santai. 
Hentai=Santai
Ayat yg unit bagi aku. Jika kau google ia maksud kartun jepun yg penuh dengan porno. 
Aku ingat nak buat baju hentai yg konsep santai. Agak2 ada orang minat tak yer. Haha.! 

Rich Kids

"Mengejar kekayaan seperti mengejar sesuatu yang tak pasti jika kau sendiri tak yakin yang kau boleh lakukan nya."

Fuhh,, Bukan senang nak senang. Aku tahu pepatah itu. Tapi senang bagi seseorang yang mahir. Sedikit tekanan dalam hidup bila aku tak kerja dan 100% buat bisnes sendiri. Mereka nampak aku senang. Sebaliknya mereka tak tahu dalam bisnes rugi itu biasa. Buat muka selamber seperti tiada apa yang jadi.

Tapi alhamdulillah, masih dapat memberi apa yang stakat ada pada semua. "What You Give You Will Get Back" tapi bile? Bila kau dalam kesempitan. Aku sentiasa pegang pepatah itu. Sebab tu aku tak suka mengira sangat. Mungkin hari ini aku senang, esok lusa aku susah mungkin ada yang membantu. 

Impian aku cuma nak ada syarikat sendiri. Tapi bila pon tahu. Harap2 impian aku tercapai sebelum ibu-bapa aku masih ada. 

"Berbakti lah kepada ibu-bapa selagi mereka ada.Mereka tidak mahukan duit dari anda, Tapi mereka mahu melihat anak nya berjaya dalam hidup."



Bukan Kerana CHINTHA

Dulu hari sinar mu hadir bagaikan bidadari, 
Hadir mu dalam hidup ku membuat kan aku gembira,
Hari-hari kita berhubung satu sama lain,
Kaseh sayang makin hari makin bertambah,
Ingin ku pinang kau sebagai teman hidup ku,
Tapi apa kan daya hadir ku tidak kau hargai,
Mungkin Allah temukan kita bukan untuk sehidup semati,
Allah hadir kan kau dalam hidup aku bagaikan satu ujian bagi aku,
Aku terima seadanya kau teman aku hingga ke akhir hayat,
Kini tiada lagi rasa cinta pada mu,
Aku juga merasakan kau sudah sebahagian dalam hidup aku,
Aku bahagia dengan kehadiran kau. 
Terima Kaseh.