5 Perkara Yang Aku Inginkan!

"Hidup hanya sekali. Alang-alang buat, buat sampai habis."

5 Perkara Yang Aku Nak :-

1. Aku nak ada syarikat sendiri
2. Perbetulkan iman
3. Nak turunkan ilmu marketing
4. Family yang bahagia
5. Hantar Mak Ayah menunaikan Haji.

Antara 5 perkara yang aku nak. 
Nak perlu tukarkan kepada MISTI.
MISTI tukarkan kepada dah TERCAPAI. 
Pejam mata bayangkan yg aku dah capai semua itu. Apa pandangan orang ramai pada aku. Apa riak wajah mak ayah aku. Lihat senyuman isteri dan anak tersayang. Apa yang aku dah ubah kepada orang ramai. Macam mana aku berjalan. Macam mana kawan2 melihat aku. 

Sumpah aku mengeluarkan air mata disaat aku pejam mata dan bayangkan semua itu. 

Ni antara perkara yang aku misti dapat. Korang apa plak.? Jangan malu jika mahukan sesuatu. 

"Ya Allah, kau permudah kan lah perjalanan hamba mu ini. Kau tunjuk kan lah jalan kepada ku. Sesunguhnye hanya kepada mu aku memohon."

Gagal

Gagal sekali bukan maksud gagal selamanya. Aku sendiri pon tengah gagal sekarang nie. Gagal dalam semua bende. Hari ni pon banyak yang aku gagal. Buat iklan jualan untuk ubat kurus tadi pon gagal. Kos semua Rm200.. Buat baju Tie Dye Versi Terrngganu pon gagal tadi. Basuh2 turun colour. Xpasti silap kat mane semua tu. Xsempat nak pikir. Hmmm. Gagal,gagal,gagal. Terus kan hidup teruskan senyum. Walha muka always masam jew. Kalau masam tu tengah duk pikir something laa tu.. 😂😂😂

Hentai

Jam 3pagi tersentuh dengan idea Hentai. 
Aku suka sebut sebab ia macam Santai. 
Hentai=Santai
Ayat yg unit bagi aku. Jika kau google ia maksud kartun jepun yg penuh dengan porno. 
Aku ingat nak buat baju hentai yg konsep santai. Agak2 ada orang minat tak yer. Haha.! 

Rich Kids

"Mengejar kekayaan seperti mengejar sesuatu yang tak pasti jika kau sendiri tak yakin yang kau boleh lakukan nya."

Fuhh,, Bukan senang nak senang. Aku tahu pepatah itu. Tapi senang bagi seseorang yang mahir. Sedikit tekanan dalam hidup bila aku tak kerja dan 100% buat bisnes sendiri. Mereka nampak aku senang. Sebaliknya mereka tak tahu dalam bisnes rugi itu biasa. Buat muka selamber seperti tiada apa yang jadi.

Tapi alhamdulillah, masih dapat memberi apa yang stakat ada pada semua. "What You Give You Will Get Back" tapi bile? Bila kau dalam kesempitan. Aku sentiasa pegang pepatah itu. Sebab tu aku tak suka mengira sangat. Mungkin hari ini aku senang, esok lusa aku susah mungkin ada yang membantu. 

Impian aku cuma nak ada syarikat sendiri. Tapi bila pon tahu. Harap2 impian aku tercapai sebelum ibu-bapa aku masih ada. 

"Berbakti lah kepada ibu-bapa selagi mereka ada.Mereka tidak mahukan duit dari anda, Tapi mereka mahu melihat anak nya berjaya dalam hidup."



Bukan Kerana CHINTHA

Dulu hari sinar mu hadir bagaikan bidadari, 
Hadir mu dalam hidup ku membuat kan aku gembira,
Hari-hari kita berhubung satu sama lain,
Kaseh sayang makin hari makin bertambah,
Ingin ku pinang kau sebagai teman hidup ku,
Tapi apa kan daya hadir ku tidak kau hargai,
Mungkin Allah temukan kita bukan untuk sehidup semati,
Allah hadir kan kau dalam hidup aku bagaikan satu ujian bagi aku,
Aku terima seadanya kau teman aku hingga ke akhir hayat,
Kini tiada lagi rasa cinta pada mu,
Aku juga merasakan kau sudah sebahagian dalam hidup aku,
Aku bahagia dengan kehadiran kau. 
Terima Kaseh.