HATI

Hati tak kan terpaut jika tidak saling mengenali satu sama lain. 

Bak kata orang. Dari mata turun ke hati. 
Dari hati masuk ke otak. Dari otak mula lah feeling. 

Tanpa kita sedari, semua ini bermula dari salam perkenalan. Dalam detik perkenalan kau terindah dari semua. 

Bagaikan dunia ini milik Hati..

Namun hati tidak lah segopoh yang disangka. Hati ingin kenal lebih mendalam lagi.

Ini kerana hati tidak mahu terluka lagi.

Dalam salam perkenalan. Hati menjadi kawan. Setelah lama hati berkawan. Tiba-tiba muncul si perasaan suka. 

Dalam tidak sedar. Hati dah lama berkawan. Maka perasaan suka makin mekar

Setiap hari, Hati gembira bersama-sama.

Setiap malam, Hati tersenyum kegembiraan.  

Hati sentiasa tidak sabar menunggu kegembiraan hari-hari esok.

Hati mula merasakan kehadiran hati mengembirakan si dia. 

Kadang-kadang hati juga merajuk. 

Tapi sidia memujuk membuat kan hati lebih gembira. 

Setelah kian lama hati terpendam. Tiba masa untuk hati bebas dari belenggu yang tidak keruan. 

Cuba luahkan hati melalui mulut. Namun mulut terkaku tak terkata. 

Kian lama hati terus terpendam rasa.
Dari kawan bertukar persahabatan. 

Perkenalan menjadi semakin indah kerana hati sudah saling mengenali. 

Si dia tahu sifat buruk hati. Hati pon tahu sifat buruk si dia. Masing-masing sudah rapat dan sudah menjadi seperti pasangan kekasih. 

Terlalu banyak si dia tahu pasal hati. begitu juga hati.

Hari-hari lebih indah dari detik perkenalan. Kegembiraan dapat dirasakan hari-hari. Hari-hari esok adalah milik kita.

Sampai masa untuk hati mendapat jawapan dari semua ini. Hati tidak keruan selagi tidak dapat tahu jawapan sebenar.

Tiba masa. Hati sampaikan kepada jari jemari. Kerana mulut tidak dapat di luahkan. Maka jari jemari menaip tentang perasaan Hati. Lalu di hantar pesanan ringkas kepada si dia.

Hati terima apa jua jawapan dari si dia. Hati sedia menerima apa jua keadaan.

Lalu Hati mendapat jawapan yang di tunggu-tunggu selama ini. 

Namun pesanan ringkas yang di balas tidak mengembirakan hati. 

Hati terima seadanya walaupon dalam keadaan yang kesedihan. 

Hati menjadi hampa. 

Mungkin ini semua salah jari jemari yang sanggup menaip semua isi hati ini. 

Mungkin juga ini semua salah si perasaan suka. 

Mungkin juga salah Hati sendiri....

Oleh kerana hati mendapat jawapan yang hampa. Namun hati cuba untuk bersikap seperti biasa. Inginkan detik indah perkenalan. 

Tetapi semua nya tidak indah seperti dahulu lagi. 

Jika hati tahu begini akhirnya. Hati tidak sampaikan isi hati kepada jari jemari. 

Biar lah sindia sentiasa menjadi indah dalam hati dan perasaan ini. 

Setelah di ingatkan kembali. Hati lebih gembira menjadi Secret Lover... 

Namun begitu, Hati tetap kawan-kawan..

p/s: Kisah ini tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang sudah tiada. Jika ada persamaan, maka secara kebetulan sahaja lah semua itu..

"Indah nya satu detik pertemuaan itu. Allah telah hadirkan seseorang dalam kehidupan mu untuk memberikan kegembiraan dalam kehidupan seharian mu. Setiap pertemuan itu adalah ketentuan Allah. Jangan lah kau berkata: "Sumpah, aku menyesal kenal kau." Ia ibarat kau menyesal setiap ketentuan yang allah berikan. Maka bala lah hidup mu.. Pertemuaan dan perpisahan itu di tangan Allah. Maha merancang segala nya. Percayalah, Bahagia itu ada. Jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik. Itu janji Allah. "Kita hanya mampu merancang. Tapi Allah yang tentukan.. kan?" Pesanan si "Z" masih ku ingat sehingga hari ini. Di akhir kata. Jika kita suka kan seseorang. Jangan bagi tahu pada si dia. Nanti Allah kurang kan rasa cinta padanya.. Tapi beritahulah kepada Allah. Allah maha mengetahui siapa jodoh kita :)"





No comments: